Translate

Thursday, January 12, 2012

Saiful akan didiamkan oleah Anuar??

Anwar perlu ‘diamkan’ Saiful agar boleh tumpu PRU-13

WarkahDaily -- Satu cadangan yang bagus bagi pandangan penulisWarkahDaily (WD) jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘mendiamkan anak-anak cacing’ yang asyik mengganggu perjalanan Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Putrajaya menjelang PRU-13 yang semakin hampir.

Maksud penulis WD, Anwar perlu failkan saman kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) kerana melakukan fitnah liwat terhadapnya. Tindakan itu perlu bagi ‘mengajar anak cacing’ yang masih tak tahu malu selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah telah pun membuat keputusan, Anwar tidak bersalah.

Selagi Anwar tidak serah notis saman terhadapnya, penulis WD merasakan Saiful Bukhari bukan mudah ‘diajar’ untuk berdiam diri dan melakukan muhasabah selepas fitnahnya tidak menjadi.

Dua hari lepas, dalam blognya, Saiful dikatakan tidak akan sesekali menyerah kalah walaupun mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah.

Walaupun sebelum itu Saiful dilaporkan redha dan menghormati keputusan mahkamah, namun bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

Dalam tulisan blognya itu, Saiful meminta pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan berdasarkan laporan polis yang pernah dibuatnya pada 28 Jun 2008.

“Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

“Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya.

Jadi, kenyataan Saiful dalam blognya dilihat penulis WD bakal menjejaskan perjalanan PR untuk ke Putrajaya jika isu liwat terus menerus dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Dengan kata lain, “jangan bagi muka” kat Saiful lagi untuk memperlekeh pemimpin PR selepas mahkamah sudah pun memutuskan keputusan positif terhadap langkah PR menjelang PRU-13. Anwar tidak boleh berdiam diri atau melakukan ‘defence’ (bertahan) semata-mata dalam hal ini.

Bagi penulis WD juga, tindakan menyaman Saiful itu juga dapat memberi ingatan kepada sesiapa sahaja yang sewenang-wenangnya mahu menabur fitnah agar berhati-hati selepas ini. Perkara akan datang kita tak tahu, apa salah kita siap siaga?

Namun, ia adalah sekadar pandangan penulis WD sahaja walaupun menyangka di pihak Anwar, pasti ada perancangan lagi bagus dalam menyelesaikan masalah ‘anak cacing’ itu.

--WARKAHDAILY

Sebaiknya saman bapak yang tumpang glamour tu sekali!

No comments:

Post a Comment