Translate

Monday, January 9, 2012

PRU 2012 - Faktor Anwar dan Najib !!

PRU 1969 - Faktor Tunku, 1999 - Faktor Anwar, 2008 - Faktor Pak Lah dan Anwar!
 Pada PRU 1969, Parti Perikatan hanya mendapat 68 daripada 118 kerusi parlimen yang dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjr9JZCSsmluNt0vjroRVQTjTP3pHaOrG-wuFEe0JM6pWJIJoCSf9kz8jv384twzQ1knCPJ3KvpGxfhoBeBwQhJb3K1UN02Vu_qNkbZH5Jylank_2t_pjQfIW_h7-kAxK3IrdQEaohulQU/s1600/2f374181b722909abfd7d578959610d1_M.jpgitandingi dan gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Dua negeri jatuh kepada pembangkang. Kelantan kepada PAS dan Pulau Pinang kepada parti Gerakan.




Kemerosotan sokongan  kaum Tionghua kepada Perikatan adalah punca utama Perikatan gagal mempertahan majoriti 2/3 dan kehilangan banyak kerusi di Perak, Selangor  dan Pulau Pinang.Negeri Perak dapat dipertahankan parti Perikatan berikutan tindakan parti PPP yang menyertai Perikatan.

Perpecahan undi juga ketara dikalangan pengundi Melayu dimana parti PAS telah dapat mempengaruhi sebilangan besar pengundi Melayu terutama di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Tun Dr Mahathir turut kalah di parlimen Kota Setar kepada calon PAS, Haji Yusof Rawa, berpendapat kelemahan kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai punca utama kehilangan keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan.

Tun Mahathir menulis surat kepada Tunku mendesaknya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga dia sendiri di gantung keahlian dari UMNO.

Para penganalisis politik dan sejarawan sependapat dengan Tun Mahathir, kehilangan sokongan kepada Perikatan pada PRU 1969 berpunca daripada  kelemahan kepimpinan Tunku.

Dalam PRU 1999, sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, sokongan undi Melayu sekali lagi berpecah dengan teruk. Parti pembangkang PAS berjaya menawan negeri Terengganu disamping mengekalkan Kelantan.

Beberapa calon UMNO di Selangor, Perak dan Kedah mengalami kekalahan ditangan calon parti pembangkang.

Punca utama ialah penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. BN hanya mampu memperolehi 56.5% undi majoriti. BN amat bernasib baik kerana masih mendapat sokongan kaum Tionghua dan kaum India. BN masih mengekalkan majoriti 2/3.

Senario PRU 2008 adalah kombinasi faktor-faktor pada PRU 1969 dan 1999. Faktor penting berpunca daripada kelemahan kepimpinan Tun abdullah Badawi. Faktor kedua penting ialah Anwar Ibrahim telah dibebaskan.

Berdasar tiga pilihan raya itu, 1969, 1999 dan 2008, para penganalisis berpendapat menjadi asas perthitungan stategis UMNO dan BN. Jika Anwar terus bebas, besar kemungkinan sokongan bukan Melayu akan terus kepada Ketua Pembangkang itu berdasarkan keputusan di semua 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU 2008. 

Pengundi Melayu juga lebih yakin untuk terus bersama-sama  parti PKR dan PAS. Parti DAP yang semakin berpengaruh dikalangan kaum Cina tidak merisaukan Melayu jika Anwar menjadi PM.

Kerajaan yang ditunjangi UMNO yang menganggap PRU13 adalah soal hidup atau mati telah membuat pertimbangan serius mengenai pengaruh Anwar Ibrahim. Mereka berpendapat, Jika Anwar dipenjarakan, kemungkinan besar sokongan kaum Cina akan beralih kepada BN  seperti 1999.

BN juga berharap tanpa Anwar, pengundi Melayu yang tidak yakin kepimpinan PAS boleh melawan pengaruh DAP akan kembali kepada UMNO.

Sebaliknya jika kerajaan hari ini membiarkan Anwar bebas, dengan kelemahan kepimpinan Najib yang sering dibayangi isu Rosmah dan Shahrizat, dan dikatakan  lebih lemah dari Tun Abdullah Badawi, PRU 13 adalah  membaca talqin kepada parti UMNO!
 
http://muslioli.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment