Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata menjadi keutamaan UMNO dan BN untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa tanpa dihimpit dengan pelbagai masalah yang disebabkan kelemahan kerajaan PAS mentadbir negeri.
"Kita bersyukur kerana kebanyakan NGO ini memahami perjuangan kita. Saya cukup bangga kerana mereka menyuarakan beberapa pandangan termasuk kita berdamping dengan pekerja, belia dan golongan agama untuk mantapkan lagi parti bagi merampas kembali Kelantan daripada PAS.
"Harapan mereka kepada kerajaan PAS adalah tinggi, banyak perkara yang mereka mahu kerajaan negeri laksanakan tetapi jelas mereka tidak berpuashati kerana kerajaan negeri gagal memenuhi kehendak mereka maka sekarang ini mereka mengharapkan kepada UMNO," katanya.
Mustapa berkata, pembangkang cuba menyempit dan mengelirukan pandangan rakyat dengan menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Umno bukan untuk memartabatkan Islam.
"Perjuangan kita seimbang, kita dukacita dengan pihak yang menyempitkan pandangan rakyat ini, sebenarnya Umno bawa perjuangan Islam lebih baik daripada PAS, dan terbukti membawa faedah kepada umat Islam di Malaysia," katanya.
Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terus terpengaruh dengan anggapan "PAS itu Islam, kalau tidak mengundi PAS tidak Islam". - BERNAMA
BD AKT BK 14/01/20
No comments:
Post a Comment