Dewasa ini, Setelah Portal besar, telegraph.co.uk mendaftar 30 teori konspirasi terbesar sepanjang masa, HAARP menduduki peringkat ke 27. Walaupun hanya di tangga ke-27, tapi kelihatannya akhir-akhir ini HAARP menjadi lebih kerap dibincangkan di dunia maya menyusul beberapa bencana yang berlaku seperti gempa dahsyat di China pada Mei 2008 yang disyaki disebabkan oleh HAARP.
HAARP atau yang disebut sebagai High Frequecy Active Auroral Program diduga sebagai senjata rahsia milik Amerika. Dikhuatiri senjata ini nantinya akan menyebabkan kerosakan alam yang tidak boleh dipulihkan.
Menurut wikipedia, High Frequency Active Auroral Program atau lebih dikenali sebagai HAARP adalah sebuah program penyelidikan ionosfer yang dibiayai oleh Tentera Udara Amerika (USAF), Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska (University of Alaska) dan Defense Advanced Research Project Agency (DARPA) , dan dikendalikan bersama-sama oleh Office of Naval Research (onr) dan Air Force Research Laboratory. Tidak hanya itu, beberapa Universiti-universiti ternama lain juga turut dalam pembangunan projek ini, antaranya adalah Stanford University, University of Massachussets. Program HAARP bermula pada tahun 1990. Tujuan utamanya ialah meneliti ionosfer dan menyelidiki potensi pembangunan teknologi untuk tambahan ionosfer yang berguna untuk komunikasi radio dan keperluan pendataan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
HAARP merupakan sebuah program penyelidikan ionosfer yang bermula pada 1990 dan sudah dijangka oleh orang ramai. Terletak di Gakona, Alaska (latitude: 62.39, longitude: 145.15), Amerika Syarikat, HAARP dirahsiakan dalam lokasi yang cukup ketat.
Dengan dalih meneliti dan menyiasat potensi ionosfer dalam pembangunan teknologi sebagai keperluan pendataan dan komunikasi radio, malah banyak bencana alam yang terjadi adalah akibat dari percubaan HAARP.
Kenapa Amerika yang dituduh sebagai pencipta alat yang mengerikan ini?
Seorang bekas pegawai tentera Perancis bernama Marc Filterman yang mengatakan bahawa teknologi untuk memanipulasi frekuensi radio sudah dimiliki oleh Amerika. Frekuensi radio yang dimanipulasi ini nantinya boleh membuat keadaan cuaca seperti badai dan taufan sesuai yang dikehendaki.
Marc Filterman, seorang bekas pegawai tentera Perancis pernah mengatakan bahawa Amerika telah memiliki teknologi untuk memanipulasi frekuensi radio untuk melepaskan keadaan cuaca tertentu seperti badai dan taufan.
Boleh mencuci otak manusia
Dengan menghantar EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION ke otak manusia, HAARP boleh mengawal mood manusia. Kerana pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 Pulse / Sec-nya. Dan dalam pusingan persaat, terdapat frekuensi hertz.
No comments:
Post a Comment