Translate

Thursday, January 12, 2012

Lin Dan kalah: Kejutan atau sandiwara


JORGENSEN (kanan) dan Lin Dan.
JORGENSEN (kanan) dan Lin Dan.
Bukan aksi seratus peratus: Jorgensen

KEJUTAN atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam.
Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.
Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing kerana mereka sering melakukannya. - Peter Gade, Pemain veteran Denmark
“Saya tidak mahu terlalu yakin kerana tanpa Lin Dan, saya tetap perlu berdepan beberapa nama besar seperti Taufik Hidayat di suku akhir esok (hari ini) dan kemungkinan besar Chen Long di separuh akhir,” katanya.

Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini.

Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.

Peter Gade turut tidak menolak kekalahan Lin Dan adalah komplot sengaja dirancang awal China.
“Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing. Mereka sering melakukannya,” katanya.

Jorgensen yang menundukkan Lin Dan pertama kali daripada enam pertemuan akur Lin Dan bukan beraksi 100 peratus.

No comments:

Post a Comment