Translate

Monday, January 30, 2012

Kucing Yang Mempunyai Sayap (3 Gambar)


Kalau sebelum ini kita pernah dihidangkan dengan cerita-cerita kartun bertajuk catdog yang mana berkisar seekor kucing dan anjing mempunyai satu badan yang sama. Tetapi kali ini ia agak berlainan dan nyata berlaku di alam realiti. Kucing luar biasa ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya. Jom kita tengok gambar pelik kucing bersayap ni.




Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, kata nenek tersebut.
Nenek Feng menjelaskan, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu yang membentuk sayap. Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walau bagaimanapun, sayap tersebut tidak menggangu kehidupan anak kucing itu.

SUMBER
#walaupun kucing ni ada sayap, dia tak boleh terbang !

GADIS KETAGIH SEKS ,SANGGUP TIDUR DENGAN 1,000 JEJAKA



Sejak pertama kali berhubungan seksual pada usia 15 tahun, seorang wanita menjadi sangat ketagihan dengan seks. Setiap bulan ia boleh tidur dengan lelaki bersilih ganti. Bahkan di usianya yang kini menginjak 42 tahun, terhitung 1000 lelaki telah ia tiduri. Crystal Waren (42 tahun) mengenal seks sejak usia 15 tahun, ia pertama kali berhubungan intim dengan teman sekolahnya. Dan sejak saat itu, ia percaya telah langsung ketagihan dengan seks. Ia sering berhubungan intim dengan teman-teman lelaki sebayanya. Setiap bulan ia boleh berhubungan dengan lelaki baru. Pada usia 17 tahun saja, total ia sudah berhubungan dengan 40 orang. "Aku tidak berfikir apa pun pada saat itu. Aku fikir semua gadis di desaku juga bereksperimen seperti itu. Aku tidak tahu bahawa 40 lelaki lebih dari kebanyakan yang boleh ditiduri wanita sepanjang hidupnya. Yang aku tahu aku merasa sangat baik ketika sedang berhubungan seks," jelas Crystal Waren, yang lahir di Somerset, England. Antara usia 17 hingga 20 tahun, Crystal mulai berpetualang dari pub dan klub, di mana dia punya banyak kesempatan untuk memenuhi hasrat seksualnya. Tapi meski bercinta dengan banyak lelaki, Crystal mengaku selalu melakukan seks aman. Dia tidak boleh memiliki anak tetapi seks aman memastikannya agar tidak terinfeksi penyakit menular seksual. "Aku tidak tahu mengapa aku sangat menikmati seks. Seperti kecanduan yang lain, aku akan moody dan frustasi bila tidak boleh mendapatkan apa yang aku inginkan," jelasnya. Kini sudah lebih dari 1000 lelaki yang pernah menjadi kekasih dan tidur dengan Crystal. Bahkan suatu hari ia pernah berhubungan seks dengan 7 lelaki berbeza dalam waktu 24 jam. Kecanduan seks bukan sekadar penyakit akibat tak bosa menahan godaan atau rangsangan seksual saja, tapi juga kerana ketidakberdayaan untuk mengontrol perilaku. Bahkan menurut ahli psikologi, kecanduan seks kini dikategorikan sebagai penyakit saraf. Berikut ini beberapa peringatan awal yang harus diwaspadai sebagai gejala kecanduan seks, seperti dikutip dari Lifemojo: 1. Menggunakan seks untuk menghilangkan perasaan negatif hingga boleh mendapatkan kesenangan sementara 2. Menyembunyikan perilaku seksual dari pasangan 3. Semua efek sakit dari pekerjaan, hubungan dengan orang lain atau kehidupan sehari-hari akibat obsesi terhadap seks 4. Menyadari bahwa hubungan seks yang dilakukan bisa menjadi masalah jika diketahui oleh publik 5. Ketidakmampuan untuk berhenti dari kehidupan seksual rahsia yang berbahaya secara permanen 6. Melakukan masturbasi secara kompulsif (berulang-ulang) dan melakukan seks yang tidak sihat Ada pula beberapa perilaku khas yang dimiliki oleh seorang ketagihan seks seperti: 1. Memiliki keasyikan tersendiri dengan seks sepanjang waktu 2. Menjadikan aktivitinya sebagai salah satu ritual 3. Meskipun menyedari bahawa tindakannya salah, para penagih seks akan mampu mengubah perilakunya tapi tetap melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang. Menurut Maureen Canning, seorang konsultan klinik dari Meadows Addiction Treatment Center, Arizona, untuk benar-benar menyembuhkan seorang pecandu seks diperlukan waktu 2 hingga 5 tahun terapi. "Terapi kecanduan seks bukan ditujukan untuk menghilangkan hasrat seks seumur hidup, tapi untuk belajar bagaimana melakukan seks dengan betul dan selamat," kata Canning.

Saturday, January 28, 2012

Dulu Wanita Ini Cantik Tapi Sekarang Jadi Pontianak!


Maria Jose Cristerna wanita berusia 30 tahun daripada Guadalajara, Mexico kini telah dicop "Wanita Pontianak Mexico" apabila dia telah melakukan pembedahan menanam plat titanium,bertindik dan bertatu sejak 15 bulan yang lepas.Tranformasi tubuh yang dibuat beliau telah berjaya menempatkan dirinya dalam "Ripley's Believe It or Not!"




















Misteri mayat di atas kubah Masjid Nabawi



Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .

Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.


Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang.

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam
sumber

Qarin adalah daripada jin..


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

Misteri Batu Menangis di Magelang



Berita aneh dan mistik ini mengiringi bencana erupsi merapi, saat ini datang dari Magelang, Dikhabarkan ada 3 batu menangis, batu ini merupakan bawaan lahar dingin yang menerpa di Jalan Jogja Magelang. ketiga-tiga batu itu kini berada di pinggir Jalan Raya Magelang-Yogya Km 23.

Ketiga-tiganya berwarna sama iaitu hitam kemerah-merahan. Salah seorang penduduk tempatan, Musrifah mengatakan, awalnya batu- batu itu sama seperti batu yang lain. Batu itu mula terus 'menangis' ketika salah satu penambang pasir bernama Sutarno, cuba memecahnya. "Sejak itu, batu-batu itu terus menerus mengeluarkan air. 

Sampai sekarang tidak kering-kering," kata Musrifah. Bahkan yang lebih menghairankan, Sutarno langsung sakit demam panas selama tiga hari. Menurut Musrifah, Sutarno baru sembuh selepas diminta oleh orang pintar tempatan untuk minta maaf. "Baru selepas itu dia sembuh," kata Musrifah.

Warga yang mendengar hal itu lantas menghentikan aktiviti menambangnya. Tiga batu itu lantas dipindahkan bersama batu-batu yang lain. Warga semakin hairan ketika berhari-hari, air yang keluar dari keti g a batu itu tidak kering-kering.

Padahal batu-batu lain, sudah kering, apalagi cuaca beberapa hari ini sangat terik. "Kita juga hairan kok tidak kering-kering kayak batu lain. Ini lihat saja, pasir yang ada di bawah batu itu masih basah, padahal pasir di persekitaran kering semua , "kata Musrifah. Apakah warga percaya ini batu ghaib? "Ya mungkin kan selama ini Merapi sering ditambang tapi tidak dijaga, jadi mungkin batu-batu ini merasa teraniaya dan menangis," kata Musrifah.

Monday, January 23, 2012

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?


Kamal Ashnawi



KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Gebu Gebu GRO Arab Di KL




Wow ...wow
Ade GRO arab pulak kat KL ni..
Macam maner diorang boleh masuk buat bisnes kat sini hah ?...kah kah kah
KL dah bertukar jadi Lubnan ke ?...kah kah kah


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.

Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

“Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan,” katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.

sumber...Hmetro

Pengsan 4 Jam Beratur Tuntut Baucar RM500 BR1M



ULU KLAWANG, Jelebu – Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam.

Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.

Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.

“Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.

“Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.

“Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.

Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.
sumber

Saturday, January 21, 2012

Gambar yang boleh membuat anda muntah hijau


Gambar-gambar di bawah agak keterlaluan. Kalau nak muntah cepat-cepat bekalkan beg plastik.

 cewek penggoda... tak teruja ke ?
 Dah di korek buntut...dicium pula...sungguh kurang asam
 Manusia hilang pertimbangan
 Biar terberak dalam seluar asalkan menang marathon. Malu belakang kira
 No komen
Pernahkah kejadian ini berlaku pada anda. Sakitnya bukan kepalang.
sumber prince91

Wanita Ketagih Makan Ayam Hidup Setiap Hari




Seorang wanita mempunyai seorang tabiat yang sangat pelik di mana dia memerlukan seekor ayam hidup untuk memuaskan nafsu makannya.

Seorang wanita yang pelik bernama Miskaulah, 38 yang berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih setiap hari.

Miskaulah didakwa mampu memakan ayam hidup 5 ekor setiap hari. Di bawah merupakan gambar aksi Miskaulah menunjukkan skill memakan ayam hidup.

Thursday, January 19, 2012

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri



Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

NONE"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Kajiselidik: Najib lebih berkemampuan dari Anwar



Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pemidato dan penyampai yang baikWalaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu
yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib mendahului dalam beberapa kategori.

Berbanding dengan Anwar, lebih ramai yang berpendapat Najib
merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajiselidik itu - yang dijalan dari bulan Oktober hingga Disember 2011 - bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

NONENamun begitu, separuh daripada responden bersetuju bahawa Anwar
adalah seorang pemidato dan penyampai yang baik, berbanding 44 peratus untuk Najib.

Sejumlah 46 peratus responden yang berusia 22-30 tahun bersetuju
perdana menteri mendahului, manakala Anwar ketinggalan 3 peratus di belakang.

Najib sekali lagi mendahului Anwar dari segi persepsi terhadap hubungan dengan rakyat.

najib mampu urus ekonomiKira-kira 47 peratus responden bersetuju perdana menteri mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, manakala Anwar ketinggalan tujuh peratus di belakang.

Kecenderungan tersebut dilihat pada kedua-dua responden muda dan yang tua.

Mengenai video yang didedahkan 'Datuk T' diri yang mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, 35 peratus responden tidak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Sejumlah 46 peratus responden lagi tidak pasti, manakala 20 peratus percaya ianya adalah Anwar.

NONEApapun, 38 peratus responden merasakan publisiti terhadap video seks itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar, manakala selebihnya merasakan video itu tidak memberi kesan, atau tidak pasti.

Sebahagian besar responden yang percaya lelaki dalam video itu adalah ketua umum PKR itu, dan video tersebut menjejaskannya, adalah di kalangan responden Melayu.

Schafberg Seperti Di Sempadan Dunia

Schafberg adalah sebuah gunung di Salzburg, Austria. Dengan ketinggian 1,783 meter, pemandangan di puncaknya pasti membuatkan pelancong terpesona.





Awie Disihir, Muntah Bulu Ayam

IPOH, 19 JANUARI 2011: Vokalis kumpulan Wings yang juga penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa dirinya telah menjadi mangsa perbuatan sihir oleh pihak tertentu yang menghantar 'santau tuju-tuju' kepadanya lalu menyebabkan dia mengalami pelbagai kejadian pelik termasuk muntah yang mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, dalam kenyataannya kepada akhbar tabloid Harian Metro hari ini turut menambah bahawa kesihatannya kini terjejas dan bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Serangan penyakit misteri ini telah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu dan terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

Awie ketika ditemui Harian Metro semalam memberitahu usahanya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, dia mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional. Hasil dari kaedah perubatan tradisional itu, Awie tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuhnya.

Semuanya bermula apabila dia menerima rawatan bengkak kaki kiri dan sangkaan awal Awie dia menghidap gout. Namun selepas sekian lama, penyakit itu tidak pulih malah bertambah teruk apabila dia menghidap batuk yang tanpa henti sehingga menjejaskan komitmennya dalam dunia seni.

Akibat masalah itu, dia terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit kerana lenguh tubuh badan dan mengalami batuk berterusan. Setelah hampir tiga bulan bergantung pada ubat-ubatan, dia akhirnya mendapatkan rawatan pakar dan beberapa kali menjalani ujian x-ray untuk mengenal pastinya, namun tiada jawapan yang pasti.

Disebabkan keadaan itu, dia beralih arah kepada perubatan tradisional dan penemuan jarum dan bulu ayam itu amat mengejutkannya kerana sebelum ini dia sendiri kurang percaya terhadap unsur mistik.

"Saya dimaklumkan ia angkara buatan orang yang tidak puas hati dengan saya. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa atau sengaja ingin mendatangkan masalah kepada orang lain, namun sedar kerjaya saya ini mudah mengundang rasa kurang senang pihak lain.

"Saya juga yakin, wujud manusia yang bertopengkan syaitan. Di depan kita berpura-pura baik namun menikam kita di belakang dan menunggu masa membinasakan kita. Bagaimanapun, saya anggap ini semua ujian dari Tuhan dan saya tabah melalui dugaan ini," katanya.

Wednesday, January 18, 2012

Tok guru Nik Aziz: Melawan sejuk dan 'rohok'



Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.

"Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.

NONE"Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk," katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun "rohok", beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

Nik Aziz menjelaskan, rohok dalam bahasa Kelantan bermaksud banyak kerja.

"Itulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.

"Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga," katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.

Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia "penting untuk akhirat",

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik aziz"Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..

"Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen," katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.

Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya "bagus" tetapi "rohok" atau banyak bekerja.

Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.

Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.

Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.

NONEMalah, sejurus sahaja tamat ditemubual Malaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejadah segera dihampar untuk diimamkannya.

Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya - yang tiada langsung protokol ketat - juga turut bersolat bersama-sama.

Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.

Wikipedia, Google protes undang-undang Internet


Wikipedia gelap seketika manakala Google pula mengeluarkan logo dan laman web popular lain yang merancang protes hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang yang cuba dibawa oleh Kongres Amerika Syarikat yang bertujuan menyekat cetak rompak internet.

azlanWikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya dalam baghasa Inggeris selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA)

Draf undang-undang titu bagaimanapun mendapat sokongan daripada Hollywood, industri muzik, Business Software Alliance, Persatuan Kebangsaan Pengilang dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat.

Namun ia dibidas oleh pertubuhan yang memperjuangkan hak digital dan kebebasan bersuara kerana didakwa merintis jalan bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menutup laman web yang dituduh melakukan cetak rompak di internet, termasuk laman asing, tanpa proses yang sewajarnya.

Panassss!!Pakar sejarah Khoo Kay Kim dakwa Hang Tuah tak wujud

Tunjuk bukti Hang Tuah wujud, kata
Matlamat menjadi tamadun moderat tidak akan tercapai jika subjek sejarah terus dipinggirkan oleh pelajar di negara ini, kata tokoh sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
  
Beliau juga berasa bingung dengan situasi yang berlaku di negara ini sekarang apabila ramai pelajar tidak tahu sejarah negara, sedangkan subjek itu merupakan ibu kepada segala bidang.
  
"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Pendidikan dalam Menyuburkan Kesederhanaan" di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).
  
Khoo juga mendedahkan bilangan pelajar yang mengambil subjek sejarah semakin merosot, di mana Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia yang sebelum ini menerima 1,300 pelajar setahun kini hanya disertai tidak lebih 300 penuntut.

Pada masa yang sama, Khoo berkata adalah penting bagi subjek itu diberi  penekanan daripada segi fakta bukan unsur mistik.
  
"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik.
  
"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah.
  
Ditemui selepas itu, Khoo berkata bagi menghasilkan masyarakat moderat, sistem pendidikan harus memberi lebih penekanan kepada nilai murni bagi mengelakkan pelajar menjadi bangsa materialistik.    
  
"...kalau kita sebut perkara itu (nilai murni) kepada mereka di universiti, mereka akan ketawa, yang mereka mahu ialah cara yang paling cepat untuk jadi kaya, materialisme sudah begitu penting dalam masyarakat kita," katanya.
  
Ditanya sama ada konsep kesederhanaan dapat dilaksanakan dalam sistem pendidikan, Khoo berkata perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pelajar sentiasa diberi nasihat yang sewajarnya sepanjang masa.

"Kalau kita nak mengutamakan aspek itu kita perlu meyakinkan murid-murid kita supaya mereka seharusnya lebih sabar, jangan nak bergaduh sahaja," katanya.

- Bernama