Translate

Wednesday, January 18, 2012

SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta


Ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Pasangan dan ahli-ahli keluarga mereka dalam pentadbiran Persekutuan juga akan diperlukan untuk melakukan perkara yang sama.

"Ahli-ahli keluarga akan mengisytiharkan semua aset mereka melalui akuan berkanun untuk memudahkan bagi SPRM untuk memulakan apa-apa siasatan apabila diperlukan," katanya lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.
azlanKemelut terbesar timbul apabila keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ia sehingga menyaksikan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu terpaksa bercuti tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan.

No comments:

Post a Comment