Translate

Friday, November 23, 2012

Gencatan senjata stail israel!!!!Israel lepas tembakan di sempadan Gaza


  
  • Foto SEORANG kanak-kanak lelaki bermain di dalam kereta yang berhampiran bangunan yang rosak di Bandar Gaza.
  • Foto WARGA Palestin berjalan di atas jambatan yang musnah di Bandar Gaza. - Foto AFP
GAZA CITY: Tentera Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke atas penduduk Gaza yang menghampiri pagar sempadan menyebabkan seorang terbunuh, awal hari ini.

Kejadian itu sekali gus menyaksikan gencatan senjata yang berlangsung dua hari lalu antara Hamas dan Israel dianggap kini dicemari Israel.
Dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wakil pemerhati Palestin, Riyad Mansour berkata, keadaan di Gaza amat tidak menentu dan mendakwa Israel mencemari gencatan senjata berkenaan.


Ratusan penduduk Palestin dilaporkan berkumpul di pagar sempadan di beberapa kawasan di selatan Gaza bagi memastikan Israel tidak mengenakan penguat kuasaan di kawasan 300 meter yang dijadikan 'zon halangan' di sebelah sempadan Palestin.

Sebelum ini, askar Israel sering melepaskan tembakan kepada sesiapa yang cuba menyeberangi zon berkenaan. - AFP

Lelaki mati kerana bermain komputer tanpa henti


BANGKOK . - Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam.
Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam.
Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi.
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP
BANGKOK 23 Nov. - Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam.
Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam.
Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi.
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121123/lu_09/Lelaki-maut-bermain-komputer-tanpa-henti#ixzz2CzGYPhKl
© Utusan Melayu (M) Bhd