Translate

Monday, January 9, 2012

PRU 13 dijangka pada Jun atau September


Bertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parilimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

dap conference 080112 lim guan eng"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.
          
Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
                                              
"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.

"Ini bukan sahaja kemenangan rakyat tetapi usaha mempertahankan hak dan berharap kita boleh mencapai reformasi untut menuntut perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, lebih baik dan bebas untuk semua rakyat Malaysia."

NONELim  yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata BN yang diterajui oleh kerajaan persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar supaya menumbangkan ketua pembangkang itu.

"Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terrhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan.

"Awar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN."
Beliau juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.

mat sabu pc with salleh man 190811Pemimpin supremo DAP yang juga bapa kepada Guan Eng - Lim Kit Siang pula  menyifatkan pembebasan Anwar sebagai kemenangan besar dan tanda bahawa negara ini bersedia untuk berubah.
                                  
"Ini adalah satu kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Mesejnya ialah rakyat Malaysia bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum. "

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (atas, kiri) juga mengucapkan tahniah kepada Anwar dan berkata beliau berharap pembebasan itu akan meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur dengan keputusan itu dan berkata Anwar kini sudah terlepas daripada fitnah yang dihadapinya.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menunjukkan masih ada keadailan dalam mahkamah.
Timbalan Presiden PKR , Azmin Ali pula menyifatkan kemenangan  Anwar itu sebagai satu kejayaan besar buat pembangkang.
''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya.
Katanya, kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

No comments:

Post a Comment