Translate

Wednesday, January 11, 2012

Fitnah dibenar dalam perang siber politik Malaysia

 
SATU langkah bertamadun apabila manusia mengubah peperangannya daripada berbentuk berbunuhan kepada keadaan yang tidak membawa maut.Itulah antara hasil demokrasi. Kalauhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeBWXS8t37pEk9tgS2g6SKdYj2cyMc9TwmyXfu855DG4BSnxjzUuTpPvoHYT1kcFaRGfx_Pb8ys5hIo4eJa1ijF2-WKEq9yD47r9Io0xRLd-3y6Z4aLTY2Nr7nWyQYZX_2a-QFwR4i1CI/s400/ict_society_policy-1.jpg dahulu, rebutan kuasa itu dilakukan secara bersenjata, tetapi kini ia mengelak daripada berlaku pembunuhan.


Maka dalam demokrasi, medannya adalah pilihan raya dan senjatanya ialah maklumat.Siapa menguasai maklumat, dia memperoleh undi.Ketika era teknologi maklumat ini pula, siber merupakan dimensi baru dalam peperangan maklumat ini berlaku.
Apabila ada perang, sudah tentu ada tenteranya, kini dikenali sebagai cybertroopers atau tentera siber. Ada yang diupah, tidak kurang pula ialah sukarelawan, macam tentera biasa.
Apabila berlaku peperangan, tentulah ada yang terkorban. Dalam sistem demokrasi ini, yang hilang bukannya nyawa. Mungkin maruah yang lenyap. Seperti dalam peperangan betul, tidak semua yang menjadi tentera. Banyak yang menyokong penyokong dan tidak terlibat secara langsung, tetapi mereka juga ada yang turut terkena peluru. Dalam siber, maklumat adalah peluru.
Antara maklumat yang dianggap perlu ialah fitnah.
Seperti mana peluru tidak mengenal sasarannya, maka begitu juga dengan fitnah.
Dalam akhlak Islam, peraturan perang disebut dengan terperinci. Tetapi bagaimana pula akhlak dalam peperangan demokrasi, terutama melalui medan siber?
Fitnah dilarang Islam. Tetapi adakah fitnah dibenarkan dalam peperangan? Lebih-lebih lagi dalam pilihan raya. Ia bukan perang dalam erti kata sebenar.
Dalam Islam, fitnah tidak boleh digunakan walaupun dalam usaha persaingan pilihan raya. Juga dalam siber, fitnah tetap tidak dibolehkan baik terhadap orang Islam atau bukan.
Pastinya banyak kalangan parti Islam tidak menerima pandangan seperti ini. Bagi mereka, bagaimanakah hendak menang tanpa menggunakan fitnah, sedangkan pihak musuh menggunakannya.
Hakikatnya fitnah bukan saja merosakkan pihak yang difitnah. Tetapi ia turut memberi kesan pada yang memfitnah.
Integritinya akan runtuh. Dalam Islam, masyarakatnya adalah telus. Iaitu tiada pembohongan. Kerajaan tidak menipu rakyat, dan rakyat tidak menipu rakyat.
Lebih-lebih lagi kerajaan rakyat, dengan parti-parti politik adalah mewakili rakyat. Namun begitu, ada satu lagi ciri penting dalam masyarakat Islam.
Ciri itu ialah pemeliharaan maruah. Masyarakat Islam mengutamakan pemeliharaan maruah umatnya. Maksud umat di sini ialah semua rakyat, tanpa mengira anutan agamanya. Hari ini di saat kuasa semakin tercabar, saki baki golongan pro-Umno sedang dilanda wabak semua pihak mahu menjadi juara dalam semua isu. Setiap isu dimainkan sehingga panas, mesti ada demonstrasi, mesti ada jerit pekik yang disiarkan dalam media, mesti ada memorandum dan yang terkini ialah adanya munajat dan solat hajat.
Kalau masyarakat telus, bagaimanakah umatnya mahu memelihara maruah seseorang yang sudah tentu terdedah kepada pengetahuan umum mengenai kesalahankesalahannya yang memalukan.
Apakah yang dikatakan maruah? Maruah atau harga diri meliputi ruang yang besar. Tetapi untuk memudahkan perbahasan, apa saja hal peribadi menyangkut dengan maruah.
Tetapi jika soal peribadi boleh menjejaskan kepentingan masyarakat, adakah wajar ia didedahkan? Masih tetap tidak wajar didedahkan pada umum. Namun, ia patut disampaikan secara tertutup melalui saluran yang berkesan. Tertutup supaya masyarakat tidak terdedah kepada suasana yang memalukan.

No comments:

Post a Comment