Translate

Wednesday, January 11, 2012

Semua pemimpin PAS perlu amal cara hidup sederhana


ORANG Melayu sepatutnya terus mengundi PAS tanpa berfikir banyak-banyak lagi. Ini adalah kehttp://1.bp.blogspot.com/-N-ek4hsNNmw/TuNt9v5kDtI/AAAAAAAAFG0/4mdCpNANHbM/s1600/pok+nik2.jpgrana pemimpin-pemimpin PAS semuanya berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik serta mengamalkan cara hidup yang sederhana sahaja. Semua pemimpin PAS peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Tiada seorang pun yang sombong, angkuh dan bongkak.


Tetapi antara kesemua pemimpin PAS ada, saya merasakan tujuh daripada mereka wajar diberikan perhatian.
1. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat – Walaupun Tok Guru berusia 82 tahun, semangat perjuangan beliau masih lagi membara dan berkobar-kobar dalam perjuangan menentang Umno-BN. Sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990, beliau telah berjaya mengatasi banyak serangan yang bertubitubi oleh pihak lawan dan masih kuat bertahan lagi. Tok Guru seharusnya memimpin Kelantan sehingga Tuhan beri isyarat untuk berhenti. Tak usah pedulikan nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru Tok Guru bersara.
2. Ustaz Abdul Hadi Awang – Presiden PAS yang mempunyai pemikiran yang berwawasan. Rakyat Terengganu disarankan memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar memandangkan Umno telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir negeri Terengganu sehingga ada bumbung stadium yang runtuh dan dibina jambatan tanpa sungai yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Jabor. Kos pembinaan jambatan telah meningkat dari RM174 juta hingga RM210 juta manakala kos pembinaan lebuh raya tersebut dilaporkan telah meningkat dari RM3.7 bilion kepada RM5 bilion setakat ini.
3. Nizar Jamaluddin – Mantan Menteri Besar Perak yang telah digulingkan dengan cara haram oleh Umno- BN yang mempraktikkan politik durjana. Itulah cerita 1-Malaysia, 2-Perak dan 3-katak. Pentadbiran Nizar adalah adil, telus, bersih dan berjimat-cermat dan ini telah dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar walaupun untuk jangka masa kurang dari setahun.
4. Dr Dzulkefly Ahmad – Anggota Parlimen Kuala Selangor ini ialah seorang pakar ekonomi, penulis dan cendekiawan yang diberi penghormatan bukan sahaja dari rakyat berbilang kaum tetapi juga oleh pihak lawan.
5. Mazlan Aliman – Beliau telah lama dan banyak berjasa dalam perjuangan untuk menyedarkan para peneroka Felda mengenai hak-hak mereka. Kini para peneroka telah beransur-ansur bangkit menentang penyenaraian tanah mereka di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perjuangan Mazlan senantiasa dicabar dan dikekang oleh pihak lawan.
Namun demikian peneroka Felda yang menyaman kerajaan telah memenangi kes mereka di mahkamah.
6. Dr Abd Rani Osman – Mengetuai benteng pertahanan PAS di Selangor, Adun Meru ini terpaksa menghadapi serangan bertali arus dari berbagai-bagai pihak.
7. Khalid Samad – Sebagai anggota Parlimen Shah Alam yang berganding bahu dengan Dr Abd Rani Osman di Selangor, beliau terpaksa menghadapi pelbagai tohmahan dan kritikan daripada pihak musuh di kerusi panas Shah Alam.
Diharap dan didoakan bahawa semua pemimpin PAS akan terus kuatkan usaha mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat. Yang harus diingati ialah kata-kata hikmah ini: doa tanpa usaha tak akan mendatangkan hasil tetapi usaha tanpa doa juga

No comments:

Post a Comment