Translate

Saturday, December 17, 2011

Pentadbiran Kerajaan Kucar-Kacir.....CUEPACS mahu jumpa PM untuk bincang isu SBPA


SHAH ALAM - Kakitangan awam yang belum menandatangani surat opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dinasihat supaya tidak menandatanganinya sehingga Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan bagi membincangkan skim itu secara lebih terperinci dijadual diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 22 Disember nanti.
"Kami mahu membangkitkan beberapa kelemahan dalam pengenalan skim itu. Kami yakin Perdana Menteri akan memahami masalah kami," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kali Ke-11, Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal di sini semalam.
Mengulas lanjut, Omar memberitahu, pihaknya turut kesal dengan sikap beberapa pegawai kerajaan yang dilaporkan mendesak kakitangan bawahan mereka supaya menandatangani surat opsyen itu.
Menurut Omar, pihaknya difahamkan kakitangan awam yang mendapat kurang daripada 70 markah selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai menerusi skim SBPA akan dinasihat supaya bersara lebih awal.
"Ia hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dalam kalangan kakitangan bawahan supaya mereka dinilai dengan markah yang baik," katanya.
SBPA diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan antara RM80 hingga RM300.

Sumber:Kosmo

No comments:

Post a Comment