Translate

Saturday, November 10, 2012

TERKINI!!! Parlimen bubar pertengahan November, pilhanraya awal Disember ?


Parti Islam Semalaysia (PAS) yang akan mengadakan muktamar tahunannya di Kota Bharu, Kelantan minggu depan, menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.
Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh beliau baru-baru ini.

Bahkan, kata Hadi, jangka masa akan dibubarkan Parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.

“Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga.

"Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013).
“Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13),” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda Pas Negeri Terengganu bertemakan “Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda” di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang semalam.

Namun kata Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.
“BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi.

“Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang ‘reti’.

"Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya,” jelasnya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita.

Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.

“Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

“Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.

“Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment