BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
SEKUMPULAN
Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam
menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno -
gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran
membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
Dilaporkan,
sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan
penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
Ekoran
itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno
dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri
Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba
digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
PenangInsight.com
pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP
mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga
emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
Sumber
memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan
jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun
melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan
tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
Malah
kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah
penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara
rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP
bagi Kawasan Sungai Pinang.
Berikut adalah
kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah
meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
2007, 1 Oktober
– Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit
dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah
dijalankan tanpa kebenaran.
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.
Tambahan
adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80'
0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''.
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
2007, 11 Oktober
– Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan
dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan
mengosongkan premis terbabit .
2008, 2 Januari
– Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis
sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki
bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
2008, 21 Julai
– Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70
AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis telah
mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak
RM2,000/=.
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
2009, 17 Februari
- Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta
Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada
pemilik untuk mematuhi notis.
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009.
Untuk
makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan
kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan
terbengkalai dan tidak dirobohkan.
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
2012, 7 Disember
– Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan
kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah
berlarutan selama 5 tahun.
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
2012, 28 Ogos
– Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada
YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan tindakan penguatkuasaan yang akan
diambil ke atas premis ini.
2012, 4 Oktober
– Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan
yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
2012, 8 November
– Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang
perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan
menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang
yang telah dibuat oleh pemilik rumah.
Perobohan
dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam
lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa
dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
Pemandu
jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin
kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang
daripada mereka.
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
"Kronologi
kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam
masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak
tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.
No comments:
Post a Comment