Translate

Tuesday, December 13, 2011

Kerajaan Umporno Bagi Bantuan Kewangan RM500...Klu Umporno Menang PRU13 Ni...Minyak Dan Semua Benda Yang Ada Dalam Malaysia Akan Naik....Mampusssssssss



17 Muharram 1433H,
KUALA LUMPUR, 13 Dis: PAS mengingatkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno tidak mempolitikkan pengagihan RM500 di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dijangka akan diterima lebih lima juta rakyat, sedangkan peruntukan itu adalah wang negara.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar) berkata, peruntukan RM500 bukan datang dari mana-mana parti pemerintah ataupun pembangkang tetapi merupakan dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat.
Katanya, setiap rakyat yang layak diminta mendaftarkan nama di tempat yang ditetapkan bagi menikmati faedah yang diperuntukkan kepada mereka manakala pihak mengendalikan proses permohonan perlu bersikap adil kepada semua pemohon tanpa mengira latar belakang fahaman politik.
“Diminta supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan untuk menyusahkan rakyat kerana kepentingan politik di mana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diamanahkan untuk memproses dan bukan dari mana-mana parti politik.
“Orang ramai jangan terpedaya dengan orang tengah seperti membeli borang dan lain-lain dalam proses tuntutan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, oleh itu beliau merayu supaya isu pemberian RM500 tidak dijadikan bahan politik dengan menjadikan pemberian itu sebagai umpan pilihan raya kerana rakyat berhak menerima peruntukan itu. adapun soal pilihan rakyat untuk memilih parti dalam pilihan raya umum nanti adalah hak kebebasan politik setiap pengundi.
Mujahid menambah, bantuan RM500 adalah peruntukan yang telah dibuat dalam Belanjawan 2012. Yang telah dibahas dan diluluskan oleh semua ahli Parlimen dari pembangkang dan kerajaan.
“Justeru, saya ingin memberi penjelasan kerana ada pihak tertentu mendakwa kononnya bantuan yang diberi adalah dari Umno atau BN, ini telah menimbulkan kekeliruan kepada rakyat,” kata beliau lagi.
Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program BR1M.
Katanya, kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012. Bagaimanapun format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.
Pendaftaran permohonan BR1M dibuka sehingga 10 Januari depan.-MI

No comments:

Post a Comment