Hasan tak kisah jika digugur sebagai exco, calon
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:
"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.
- Bernama

No comments:
Post a Comment