Rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs akan diadakan esok bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.
Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri hari ini, yang turut disertai pegawai tertinggi CUEPACS, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.
Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota Cuepacs di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, sebaik selesai bertemu perdana menteri, Omar berkata Najib mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.
"Perdana menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan Cuepacs sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.
JPA dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama Cuepacs bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.
Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata, tempoh untuk menandatangani surat tawaran SBPA tidak akan dilanjutkan tetapi penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan.
Ketika mengumumkan mengenai SBPA semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, Najib berkata melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji antara 7 dan 13 peratus mulai tahun depan.
Omar berkata Cuepacs tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu.
"Misalnya tiada rundingan dibuat dengan kita mengenai SBPA sedangkan sebelum ini kita ada dipanggil untuk berunding mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan ianya berjalan dengan baik serta kami buat roadshow bersama," katanya.
Omar berkata antara perkara lain yang kurang disenangi sesetengah penjawat awam adalah mengenai kenaikan gred serta isu gaji kerana ada yang mendakwa akan menerima kenaikan gaji yang terlalu kecil.
"Di bawah SBPA ini penambahbaikan gred tidak selaras. Ada gred yang ditambah baik, ada yang tidak. Dan kenapa ada kumpulan pekerja yang naik dan ada kumpulan yang tidak naik," kata beliau.
Omar berkata selepas pertemuan dengan JPA esok dan jalan penyelesaian ditemui, beliau berharap satu perjanjian dibuat supaya kedua-dua pihak dapat turun padang untuk bersama-sama mengadakan taklimat kepada penjawat awam mengenai skim itu berbanding secara berasingan sebelum ini.
Beliau sekali lagi meminta penjawat awam supaya menangguhkan untuk menandatangani surat tawaran SBPA buat masa ini dan menunggu hasil rundingan antara JPA dan Cuepacs mengenai skim itu.
Bagaimanapun untuk yang telah menandatangani surat tawaran itu dan sudah diserahkan kepada majikan masing-masing, Omar berkata perkara itu akan dibangkitkan kepada JPA esok.
- Bernama

No comments:
Post a Comment