Translate

Saturday, December 31, 2011

JAKIM ada berapa orang pegawai untuk pantau premis@Logo halal??????

Buru premis logo haram


SEBUAH premis di George Town yang masih lagi mempamerkan logo halal Islamic Food Research Centre Asia yang telah diharamkan.



KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.
Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.
Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.
“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan.

Luna kerat rambut....Jangan buat cerita baru lain sudah lah......



LUNA MAYA berasa dirinya terlihat gemuk dengan rambut pendek.


TAHUN baharu selalu memberi perangsang buat segelintir individu untuk muncul dengan gaya baharu. Tidak terkecuali dengan aktres cantik, Luna Maya yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek. Bekas kekasih Ariel Peterpan itu mengaku bosan dengan rambut panjang yang disimpannya sejak bertahun-tahun.
"Bosan berambut panjang. Sudah sepuluh tahun saya berambut panjang. Kali terakhir saya potong rambut adalah sewaktu di sekolah menengah. Tanpa berfikir panjang, saya terus ke salun. Ketika ditanya mahu potongan yang bagaimana, saya beritahu 'pendek.' Jadi hasilnya begini," ujar Luna yang dahulu terkenal dengan gaya rambut panjang mengurai.
Luna yang tampil dengan potongan rambut baharu tersebut pada sidang akhbar filem My BlackBerry Girlfriend itu mengaku bahawa wajahnya kelihatan lebih bulat.
Luna mendakwa dia tidak kisah walaupun kelihatan sedikit gemuk kerana nafsu makannya sejak kebelakangan ini tinggi.
"Kerana rambut pendek jadi terlihat gemuk tetapi tidak apa-apa kerana hobi saya memang makan. Saya tidak fikir masalah berat badan," ujarnya positif

34 maut puting beliung landa selatan India,Ni bala atau ujian.......?


SEKUMPULAN penduduk berjalan di bawah hujan lebat di hadapan kawasan pantai Pondicherry, selepas puting beliung Thane membadai negeri Tamil Nadu, India semalam.


CHENNAI, India - Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh apabila puting beliung Thane dengan kekuatan angin 140 kilometer sejam (km/j) melanda kawasan pantai Cuddalore, negeri Tamil Nadu di selatan India semalam.
"Dianggarkan 50,000 buah pondok musnah akibat angin kencang. Kami akan mendapatkan gambaran lebih jelas tidak lama lagi," kata pengurus daerah, V. Amuthavalli yang tidak menolak jumlah kematian mungkin meningkat.
Kebanyakan mangsa maut kerana terkena renjatan elektrik dan ditimpa dinding bangunan atau rumah. Para jurutera dilihat bekerja keras untuk memulihkan talian telefon dan bekalan elektrik yang terputus di beberapa lokasi terjejas.
Namun begitu, perkhidmatan kereta api dan kapal terbang dapat beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian.
Angin kencang itu membuatkan sebuah kapal kargo terdampar di darat dan 70 buah bot menangkap ikan rosak. Beratus-ratus hektar padi yang sedia untuk dituai juga musnah. - AFP

Jong-un pemimpin tertinggi Korea Utara yang baru





PYONGYANG - Korea Utara semalam secara rasminya mengumumkan Kim Jong-un (gambar) sebagai Komander Tertinggi negara komunis itu selepas kematian bapanya, Kim Jong-il.
Pengumuman itu sekali gus mengukuhkan lagi autoriti Jong-un ke atas negara nuklear yang memiliki lebih 1.2 juta anggota tentera.
Jawatan tersebut diberikan dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea Utara pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Korea Tengah dalam satu kenyataan.
Pelantikan Jong-un sebagai komander tentera Korea Utara dikatakan dibuat berikutan wasiat daripada Jong-il pada 8 Oktober lalu. Jong-un turut menerima pelbagai gelaran lain daripada parti pimpinannya itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Korea Utara memberi amaran bahawa ia tidak akan berlembut terhadap Korea Selatan biarpun setelah kematian Jong-il. Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Korea Utara menegaskan bahawa ia tidak akan berunding dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak. Mesej keras itu juga menyatakan rakyat Korea Utara bersatu di bawah kepimpinan Jong-un.
Namun, berdasarkan kepada kekurangan pengalaman dan usia Jong-un yang muda, timbul persoalan berkaitan kemampuannya untuk menangani rundingan program nuklear, masalah ekonomi dan kekurangan makanan kronik yang melanda Korea Utara sejak sekian lama. - Agensi

Saman tali pinggang belakang bermula esok...Kalau hudud dilaksanakan jgk lagi baik


Batu Nuri Berkata:
Malaysia adalah negara di antara negara negara yang paling tinggi kadar pemandu dan penumpang maut disebabkan kemalangan jalanraya....Hudud dapat mengawal kematian ini ...kerana langgar orang dengan tidak sengaja mesti dibayar 100 ekor unta(dalam sekitar 500,000 denda)yang wajib dibayar kepada aqilah(waris si mati).adakah anda setuju....................

KUALA LUMPUR: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.
Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.
“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.

Kaka Pemain Real Madrid Peluk Islam??


Nih berita baru dan gambar baru..Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.. Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau...

MAS rombak pengurusan tertinggi lagi?

pix_gal0
Tindakan bagi membolehkan syarikat jana pertumbuhan, laksana pelan pemulihan



Dah berapa kali rombak dan penstrukturan semula MAS ni...baru ni ditelan oleh bilis(Air asia)....ni nak bagi makan kat big mamos plok kot.....ni nak buang dan lantik sapa plak ni...aku rasa MAS ni dah bankrap dan hancur dah....penjahat makan duit dan auta ramai sangat.....

PENERBANGAN Malaysia (MAS) mengumumkan rombakan besar-besaran pasukan pengurusan tertingginya menjelang tahun baru 2012 dalam usaha menyatukan kembali kakitangan serta membolehkan syarikat itu menjana pertumbuhan, sekali gus menjayakan pelan pemulihan perniagaan baru yang diumumkan 7 Disember lalu.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu dalam kenyataannya berkata, berkuat kuasa esok, bahagian Pengalaman Pelanggan, Operasi, Modal Insan, Rangkaian, Strategi dan Perancangannya akan melapor terus kepada Ketua Eksekutif Kumpulan iaitu Ahmad Jauhari Yahya.
Di bawah struktur baru pengurusan itu, Ahmad Jauhari turut memegang jawatan Ketua Eksekutif Bahagian Penerbangan Jarak Jauh MAS.
Sementara itu Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan, Mohammed Rashdan Yusof pula dilantik sebagai Ketua Eksekutif Penerbangan Jarak Dekat MAS dan akan bertanggungjawab mengetuai operasi penerbangan jarak dekat, kewangan kumpulan, kewangan pesawat serta pengurusannya.

Mohammed Rashdan juga turut dipertanggungjawab bagi menerajui Bahagian Komersial MAS.

Mengulas mengenainya, Ahmad Jauhari berkata, struktur pengurusan baru itu akan memperlihatkan bermulanya era baru MAS untuk menerapkan kemegahan di kalangan kakitangannya serta mengukuhkan keyakinan di kalangan pelanggan serta pemegang sahamnya.

“Dalam perubahan pasukan pengurusan, ia turut membabitkan pembentukan beberapa unit perniagaan baru, selain menamakan semula fungsi sedia adanya.
“Pada masa sama, syarikat juga memperkenalkan ketua baru yang mengambil alih peranan orang lama yang sudah memutuskan untuk meneruskan peluang kerjaya mereka dalam bidang lain,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pertukaran tanggungjawab itu juga akan memastikan pelaksanaan pelan pemulihan perniagaan MAS berjalan lancar, sekali gus berupaya meningkatkan semula reputasi kumpulan serta kepentingannya.

Antara pegawai pengurusan utama yang mengundur diri dari syarikat itu termasuk Datuk Dr Amin Khan (Bahagian Strategi Komersial), Mohd Roslan Ismail (Bahagian Kejuruteraan Aeorangkasa MAS), Shahari Tan Sri Sulaiman (MASkargo) dan Datin Sharifah Salwa Syed Kamaruddin (Bahagian Pengurusan Pendapatan).

“Pasukan kepimpinan MAS akan diperkukuhkan dengan penyertaan Hugh Dunleavy yang akan menerajui Bahagian Rangkaian, Kerjasama, Strategi dan Perancangan; dan Shihaj Kutty yang akan mengetuai Bahagian Pengurusan Pendapatan,” kata Ahmad Jauhari sambil menambah kedua-dua mereka akan memulakan tugas masing-masing di MAS pada pertengahan Januari ini.

Mengenai pembentukan bahagian baru, Ahmad Jauhari, antara lain ia merangkumi Rangkaian, Kerjasama, Strategi dan Perancangan (RKSP) serta Pejabat Pengurusan Program (PPP).

Katanya, RKSP akan bertanggungjawab menyokong pelaksanaan rangkaian kumpulan secara efektif dalam memenuhi keperluan dinamik pasaran selain memanfaatkan rangkaian strategik dan kerjasama dengan syarikat penerbangan lain.

“RKSP adalah tonggak utama pelan pemulihan perniagaan dan ia menumpukan aspek seperti perancangan, rangkaian, penggunaan pesawat dan strategi,” jelasnya.

Katanya, bahagian PPP pula akan berperanan sebagai kumpulan pelaksana, penyelaras dan pengurus kepada inisiatif utama serta aktivitinya bagi menyokong fasa di dalam pelan pemulihan perniagaan MAS, selain turut mendokong peranan dalam membuka serta memaksimumkan nilai MAS.

Bahagian perniagaan yang dinamakan semula bagi mengukuh dan menyokong pelan pemulihan perniagaan ialah Komunikasi Strategik yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Komunikasi; Kewangan Pesawat & Pengurusan (sebelum ini dikenali sebagai Kewangan Korporat); dan Audit Dalaman (sebelum ini Nasihat Perniagaan & Audit).

Najib pening kepala bila PRU13 boleh diumumkan....

 
TUMPAT: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.
Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.
Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.
“Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’.
“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya.
 

Friday, December 30, 2011

Hukum hudud adalah salah satu cara dapat mengurangkan kemalangan jalanraya di Malaysia



Pera

PENGGUNA jalan raya yang gagal mematuhi arahan pemakaian tali pinggang keledar belakang akan dikenakan kompaun RM300 mulai tahun 2012. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang merupakan antara peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Pengguna jalan raya yang gagal mematuhinya akan dikenakan kompaun RM300.
Selain itu, arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini.
Selain itu, pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 yang juga mula berkuat kuasa.
Ekoran Bajet 2012 pula, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah akan menerima baucar buku RM200 mulai Januari ini.
Daripada aspek pendidikan, mulai tahun 2012, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.
Bermula 1 Januari juga, kerajaan bersetuju melakukan pengumuman dalam bahasa Tamil disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Terbang Tambang Murah.

Paderi bergaduh semasa menyapu kerana berebut sesuatu...



Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin. - AP



BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.
Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.
Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.
Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.
Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi

Macam mana ni BN......Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Guru-guru dan pelajar pondok di kelantan diminta jangan Terpengaruh dengan strategi umporno....

Salam Mahabah dan Negara Berkebajikan | Print |
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Salam Mahabah dan Negara Berkebajikan
Firman Allah SWT,

“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…”
(Pangkal surah Aali-Imran ayat 103)

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).“
(An-Nisaa’ ayat 174).
Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.
Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah  dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.
Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’ dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.
Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

Reka bentuk dinar emas Kelantan baru akan dikeluarkan

KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.
(Rekabentuk baru Dinar Kelantan)
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.
Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.
Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.
“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.
Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.
Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.
Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.
“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.
Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.
Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.
 
Bookmark and Share

Monday, December 26, 2011

Harga barang murah menyebabkan mereka tak takut mati...................



ORANG ramai kelihatan menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok untuk membeli-belah di Pekan Mundok, Thailand semalam.


RANTAU PANJANG – Kegilaan orang ramai untuk membeli-belah di Pekan Mundok, Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok bagai tidak berpenghujung apabila mereka terus mengunjunginya semalam walaupun amaran nyawa mereka mungkin tergadai didedahkan media semalam.
Orang ramai termasuk ibu bapa yang mengendong atau mendukung kanak-kanak kecil dilihat bertali arus menyeberangi Sungai Golok dari pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan.
Tinjauan Kosmo! dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang semalam menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan pelancong luar Kelantan menyeberangi sungai pada kelebaran kira-kira 80 meter itu dengan sampan yang sarat dengan muatan termasuk basikal, periuk dan pinggan mangkuk yang dibeli dari pekan itu.
Rata-rata pengunjung yang ditemui mengakui tindakan mereka itu berbahaya namun kerana ghairah untuk membeli barangan pada harga yang amat murah di situ membuatkan mereka melupakan risiko yang ditanggung jika berlaku kejadian tidak diingini.
Seorang pengunjung dari Tanah Merah yang hanya mahu dikenali sebagai Eri, 39, berkata, harga barangan yang amat murah menjadi tarikan utama orang ramai ke Pekan Mundok.
“Kalau beli seluar jean yang berharga RM60 di tempat lain, di sana boleh dapat RM28 sahaja. Begitu juga tilam toto boleh dibeli pada harga RM30 sedangkan di Rantau Panjang sekitar RM40,” katanya

Muhyiddin Tidak Puas Hati Cara Demokrasi Malaysia....


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberikan amaran keras terhadap usaha merosakkan perpaduan dalam negara ini yang didakwa dibina dengan bersusah payah oleh kerajaan BN.

Katanya, usaha untuk perpaduan yang kukuh dibina sejak 54 tahun lalu dan seharusnya dipertahankan.

Bercakap dalam majlis rumah terbuka hari Natal di Kajang hari ini, beliau berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mana penduduknya merayakan pelbagai kebudayaan dan festival keagamaan bersama-sama dengan mengetepikan latar belakang masing-masing.

Beliau sebelum itu melawat dan memberikan sumbangan kepada penduduk setempat.

Dalam majlis itu, paderi daripada gereja Kajang Holy Family Church George Harrison mendoakan Muhyiddin agar disejahterakan tuhan dengan semangat hari Natal.

"Hari Natal merupakan masa untuk kita memberi kepada pihak yang tiada. Apa yang dilakukan kerajaan hari ini menunjukkan mereka faham akan perkara ini," kata Harrison.

Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang.....................Tak Puas Hati Kat Sapa...........


| Print |
BESUT: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.
“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.
Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.
“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.
“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.
Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.

Laporan polis, SPRM terhadap Awang Adek

| Print |
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.
Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.
Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.
Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.
Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.

Sumber:Harakahdaily