Itu jer yang mampu wa ucapkan kerana umum dah tahu selama ini peneroka felda asyik kena tipu jer dengan Felda. Terbaru pendedahan yang di buat oleh MP Lembah Pantai, Nurul Izzah bagaimana Felda menipu peneroka dengan membeli sawit dengan harga yang rendah dari pasaran. Bukan sikit bhai, tapi sampai 50% rendah dari harga pasaran.
Bleh klik kat sini dan sini.
Bukan cakap kosong tapi berserta bukti berupa memorandum yang berkuatkuasa 1hb Oktober tahun ni.
Wa dulu pun pernah kerja dengan kontraktor yang ambil tender dari felda dan wa cukup tahu macam mana tenaga peneroka di kerah dan di bayar dengan harga yang tak setimpal dengan harga pasaran.
Dah bermacam penerangan yang dah di beri namun jika warga felda sendiri masih belum jugak mahu sedar, wa tak tau nak cakap apa dah. Kita bersimpati dengan nasib mereka tapi kalau mereka sendiri yang masih rela di tipu dan di mainkan, memang kita tak mampu nak buat apa lagi.
Dah la saham FGVH kian merudum, hasil sawit dan getah yang di beli pulak oleh Felda jauh lebih rendah dari harga pasaran. Dah la macam tu, warga Felda pulak tidak di benarkan menjual hasil mereka keluar dari Felda. Bukan ke itu salah satu bentuk paksaan.
Selepas penyenaraian FGVH di bursa saham, pemotongan untuk kebajikan peneroka Felda telah di potong sebanyak RM100juta. Dan selepas penyenaraian tersebut, Felda secara otomatiknya telah menggadaikan tanah peneroka sebanyak 350,000 hektar kepada FGVH yang jugak membawa maksud bahawa Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh dengan begitu mendadak sekali.
Dan jikalau saham FGVH tersebut terus merudum, tak mustahil tanah peneroka akan tergadai kepada bank dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment