Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional itu ketandusan isu.
“Apabila tidak dapat membongkar keburukan Pakatan Rakyat mereka cuba menggunakan sentimen lain pula untuk meraih undi," katanya.
Koo Ham yg juga selaku Pengerusi DAP Perak berkata, apa yang dilakukan pemimpin parti itu jelas menunjukkan MCA terdesak dalam meraih sokongan masyarakat Cina yg semakin mengerti menjelang PRU ini. "DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.
“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang Soi Lek mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Dek kerana kerana terdesak, jangan kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya.
Beliau berkata, pakatan antara DAP bersama Pas dan PKR telah banyak mengubah persepsi masyarakat Islam terhadap parti itu, ia termasuk pandangan pengundi bukan Islam terhadap agama rasmi negara. Katanya, dalam apa juga konteks, persefahaman dan saling menghormati perlu wujud dalam mengukuhkan hubungan sesama parti.