Khasiat Kacang Soya Adalah Rekaan Semata-mata
Nabi
SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita
telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu
sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh
Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita
selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang
mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi
sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan
kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian
menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai
hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil
berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development
(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang
soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan
susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser,
memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon,
kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang
soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang
lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam
dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain,
kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang
soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin
dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses
memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara
semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama
‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga
dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah
lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic
acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium,
kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk
Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai
kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang
soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat
tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak).
Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk
dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan
ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu
berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu
lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka.
Menurut
Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi
susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu
kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang
bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu
mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical
ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang
mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah
menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment